Sinopsis Bukan Kerana Aku Tak Cinta Bukan Kerana Aku Tak Cinta berkisar tentang Jebat, seoarang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu Cina melalui kehidupan yang sarat dengan sejarah hitam sehingga kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan berhijrah hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Sifatnya yang tenang, rajin, baik hati, hormat orang tua telah menarik perhatian Hananah Mastura, adik ipar kepada majikan Jebat, Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh Hannah Mastura, gadis secantik, kaya dan bijak untuk menarik perhatian Jebat, sehingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tetap tidak berputus asa. Namun mampukah rumahtangga yang mereka bina bertahan? Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat merupakan bekas Ketua Kongsi Gelap (Gangster). Pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta Nelydia Senrose, Sharnaaz Ahmad, Iqram Dinzly, D
Sinopsis Titian Cinta Kisah percintaan antara Rahadatul Aisy dan Umayr Harris. Aisy pulang ke tanah air setelah empat tahun berada di kota London. Kepulangan Aisy memang ditunggu-tunggu oleh Harris. Disebabkan hatinya dikaburi oleh perasaan cemburu, Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri pada empat tahun yang lalu. Dia menyesal dengan tindakannya akibat mempercayai fitnah serta hasutan Sofea, dan ingin menebus segala kesalahannya. Aisy yang menyangkakan dirinya sudah dicerai, terkejut dengan perubahan suaminya yang dahulu bersifat panas baran, kini sangat penyayang. Harris sabar dengan karenah dan sikap Aisy terhadapnya. Dia juga langsung tidak berputus asa untuk memikat semula hati isterinya yang telah dilukai. Pelbagai perkara telah dilakukan oleh Harris untuk melembutkan hati isterinya itu. Lama-kelamaan, hubungan antara Harris dan Aisy bertambah pulih. Aisy juga dapat menerima kembali suaminya itu. Dia menganggap jodohnya bersama Harris masih kuat lagi. Namun,
Sinopsis Tak Ada Cinta Sepertimu Permulaan hubungan Athea dan Hazran tidak pernah aman. Bermula insiden berebut penadol di kedai runcit, kereta Athea yang menghalang kereta Hazran, cermin tingkap dipecahkan anak Athea dan sehinggalah mencuri kucing Hazran dinamakan Smokey atau Lulu. Namun, Smokey jugalah yang merapatkan hubungan mereka. Hazran malah baik dengan anak Athea, Qarleef. Keakraban Hazran dan Athea di gunakan Kamarul untuk memfitnah mereka demi merebut Bella, tunang Hazran. Kamarul, boss Bella memang menaruh hati dengan Bella sejak dulu lagi. Sekali lagi, Athea disalah erti sehingga menjauhkan hubungannya dengan Hazran dan anak-anak Athea. Kemunculan Azam semakin merumitkan keadaan dan menjarakkan hubungan mereka. Namun, sejarah berulang dalam hidup Athea apabila Azam tidak sanggup memikul beban Athea yang bertambah. Hazran apabila mengetahui hal itu, cuba untuk meraih kasih Athea kembali. Namun, setelah dua kali dikecewakan, hati Athea sukar untuk menerima Hazran. Se
Sinopsis Mr London Ms Langkawi Mengisahkan Aidid Mukhlis yang cuba menyesuaikan diri di kampung setelah sekian lama menetap di luar negara. Aidid mula berkenalan dengan sepupunya Liyana, seorang gadis kampung yang berjiwa besar cintakan tanah air. Aidid Mukhlis berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela. Aidid Mukhlis di minta oleh ayahnya untuk pulang ke kampung halaman. Pada mulanya dia enggan, tetapi apabila sudah dipujuk oleh mamanya, akhirnya dia berubah fikiran dan mengikut kata ayahnya. Pada hari dia tiba di Langkawi, dia menunggu seseorang untuk membawanya pulang ke kampung halaman iaitu rumah Tok Wannya. Tiba-tiba muncul seorang gadis yang digelar 'Liyana The Samseng'. Liyana adalah salah seorang cucu kepada Tok Wan. Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori