Sinopsis Teduhan Kasih Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa dan Ryzal yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa. Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya de
Sinopsis Bukan Kahwin Paksa Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon. Izz Rizqin mengorbankan cintanya demi keluarganya. Membawa diri selepas kekasihnya, Ariyana ditunangkan dengan abang long Azz Rizqin. Dara Safiya pula tidak percaya kepada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya. Kedua-dua keluarga mereka mencadangkan calon pilihan dan mereka bersetuju. Tanpa mengenali mereka hanya akan berjumpa di hari pernikahan. Pelakon Bukan Kahwin Paksa Kamal Adli, Hannah Delisha, Danial Dashuki, Alya Iman, Oktovia Manrose, Afiq Muiz, Husna Mustaffa, Jasper Supayah, Ziela Jalil, Shah Rezza, Liza Abdullah, Watie Sadali , Dhia Irdina, Qistina Khaled Drama Bukan Kahwin Paksa Jumlah Episod: 13 Episod Semasa:
Sinopsis Cik Reen Encik Ngok Ngek Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Bagi menutup malu, keluarga mereka mencadangkan Azreen (kakak Izyan) dan Harris (abang Iqram) untuk berkahwin bagi menggantikan majlis tersebut. Selepas berkahwin, mereka membuat keputusan untuk mencari Izyan dan Iqran. Kedua mereka berhasrat untuk berpisah sekiranya berjaya membawa Izyan dan Iqram pulang. Bagi Azreen cinta tidak boleh dipasak dan mengetahui Harris pula sudah ada teman hati yang didambakan iaitu Zaza. Sepanjang pengembaran mereka, Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak. Pelakon Cik Reen Encik Ngok Ngek Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania Humaira, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Mat Over, Nashra Shah, Adrian Edy, Nabila Razali Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek Jumlah Episod: 20 Episod Semasa: 20 Hari: Isnin-Khamis Siaran: Astro Ria Ton
Sinopsis Sebenarnya Saya Isteri Dia Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Firash Arshad. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua. Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah. "Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad. "Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira. Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bu